20110610

Satu Tuhan. Dua cerita.

Part 1

Tuhan itu sifatnya maha adil.Ditariknya satu nyawa yang kau sayang.Digantikan pula dengan satu jiwa baharu. Meski memorinya tak lagi sama.Cukup2 lah berkehendak labu.

Rambut kau yang sedikit kusut tetapi lembut itu dibelai seakan dna nya sama.
Air liur kau yang menjejes sampai cecah ke leher baju dilapkannya setiap kali itulah ia terjejes. Ah kau memang menjengkelkan. Namun tak pernah pula dia beranggapan begitu. Syukur.


Tuhan. Tolong beritahu ayah saya. Yang saya rindu dia.




Part 2

Dan gadis kecil itu menangis dan terus menangis. Perit hati dia. Lebur jiwa dia. Dia je yang rasa. Rasa tak terhargakan. Rasa kian terabaikan. Rasa tak lagi didengarkan. Tak terniat nak jadi perhatian. Cuma dia mahu tahu gimana rasa dihargakan.

"kalau lah dia tahu macam mana aku sayang dia".

Gadis tadi memecah sepi. Cuba meluahkan pada teman yang jiwa dia rasa percaya. Dia bercerita dari abjad satu hingga lah yang terakhir. Dia memaki Tuhan dan menangis lagi. 

"sekurang-kurangnya kau ada Tuhan. boleh dimaki. aku atheis. aku tak ada Tuhan. paling tidak pun aku maki diri aku sendiri. kau kira dah cukup bertuah." kata teman yang jiwa dia rasa percaya tadi.


Gadis tadi terdiam. 


Kalau ada sesuatu yang menyedihkan nanti. Jangan risau. Aku ada.

No comments:

Post a Comment