20110708

bintang paling terang



" sayang, kalau aku mati. jangan lupa beritahu anak kita yang bintang paling terang, warnanya putih kebiruan " 


sirius; itulah bintang paling terang yang menerangi malam2 sepi dia. bintang harapan dia. bintang yang buat dia tetap menjaga rutin harian dia. pada bintang paling terang itulah tempat dia gantungkan mimpi dia. harapan tinggi melangit dia. lama. selama bintang itu bersinar, harapan dia tetap tak akan pudar. dia tegar.


dia memanggilnya perempuan sirius.



sirius gadis teguh .bermacam perjalanan penuh liku telah dia tempuh. tak sedikit telah diraihnya. berulang dan berulang. mungkin juga sebanding dengan kegagalannya. entahlah, untuk yang satu ini belum diketahui benar condition dia. namun dari rentak sendunya, jejak kakinya, derai tawanya yang sering ditinggalkannya ditiap perhentian dan renungan, bagai ada yang tersirat. lebih banyak yang tersirat dari tersurat.



pada titik awal, dia mengenalinya. dia terpesona. rupanya terang bintang harapannya benar-benar memancar dari aura tubuhnya. dia berjaya menangkap spirit sang bintang paling terang; sirius. dia merasa diri dia kecil dan kerdil pada saat pertemuan itu. dia bisu. dia kaku. bahasa yang mereka gunakan juga ternyata berbeza. dia tak mengerti bahasanya. namun entah kenapa dia bisa menangkap maknanya. yang aku kira dia juga rasa benda yang sama. bicara hati. mungkin.



sejak saat pertemuan pertama, dia memendamkan rasa cinta dia. dalam bisu, dalam diam. alasan dia kerana dia sedar dia hanya laki-laki bergelumang tanah. tak punya apa. tak punya sekelumit kecerahan satu bintang pun. dan dia biarkan rasa itu terpendam rapat, sangat rapat. dia tak pernah berani berharap apapun. dia hanya menjaganya, dan terus menjaganya. menjaga rasa itu. biarlah, dia rasa sangat bahagia punya rasa itu, meskipun hanya berhenti sampai di sana. dia rela.



bulan berganti bulan. dia terlepas pandang. kelibat si bintang hilang. bikin dia gila bayang. satu hari dia ternampak kelibat bayangan si bintang. dia terkesima, tergagap, bisu. dia diam sesaat. termangu atau berteleku. ada dorongan kuat untuk mengejar dan menggamitnya, kemudian menyapanya. namun dia sekadar termangu. ahh kenapa begitu.

dia  teringat satu kejadian. kejadian pada satu lewat malam. mereka berbual singkat di telefon. perbualan mereka yang paling pertama. 

" hello. sekarang kau dah dengar suara aku bukan? "

" ternyata suara kau juga persis bidadari syurga "


dia tersenyum. senyum meleret. menampakkan barisan gigi dia. puas bila kehendak dia untuk mendengar suara bintang pujaan hati dia untuk kesekiankalinya ditunaikan. dia rasa seperti melayang. terbayang wajah si bintang yang manis dan cantik di mata dia. dan kembali dia menjejak bumi. bumi yang nyata. dia takut melayang lebih tinggi. takut terhempas bila jatuh nanti.


mulai hari itu..dia senyap sahaja. tanpa sepatah kata. diam seribu bahasa. dia tak berani lagi untuk memulakan apa-apa. alam semesta bergerak. awan berarak. perempuan itu hilang dari jarak pandangan dia. entah ke mana perginya. 


bertahun kemudian. kelibat si bintang tiba-tiba muncul lagi. dia seperti baru terjaga dari tidur yang panjang. 


sampai pada satu kesempatan, rasa dia tak lagi tertahankan. 


" kau masih ingat aku lagi? "

sepi.

 " kau siapa? "

" bukan siapa-siapa. lupakan sahaja.

belum sempat pun dia berpaling. si bintang paling terang memecah sepi.  

" lelaki yang selalu memuja aku baik dalam jaga mahupun tidurnya. yang menjaga aku sedang hati dia tak dijaga. yang menyayangi aku namun tak pula minta aku menyayanginya. lelaki yang mencintai aku hidup dan matinya. sampai mati, sampai mati dan sampai mati pun aku tak akan lupa"

" aku sayang kau "

" dah lama aku tunggu. aku sayang kau juga pengecut "

mereka pun berkahwin. senyum sahaja mereka waktu itu. hidup mereka tambah gembira bila dikurniakan sepasang cahaya mata yang cantik. tapi bahagia mereka tak lama. bila perempuan sirius pergi meninggalkan lelaki yang begitu mencintainya. walaupun memang tak senang untuk dia terima hakikat tu, setidak-tidaknya dia setia dengan bintang paling terang hingga ke akhir hayatnya.


" sayang, kalau aku mati. jangan lupa beritahu anak kita yang bintang paling terang, warnanya putih kebiruan "


aku masih disini menunggu masa aku pula tiba. tunggu aku ya sayang. 

No comments:

Post a Comment