20110707

dan bila

dan bila kau rasa kau lah yang paling hebat
zaman kejatuhan kau baru sahaja bermula
yang akan buat kau rasa kau tak ada lah sehebat mana pun.

dan bila kau fikir kau lah yang paling kuat diantara yang terkuat
kau mungkin baru sahaja kehilangan para sahabat
yang aku fikir kebanyakannya cuma rasa meluat.

ego kau baru sahaja cecah tahap langit
saat kau angkat diri kau dengan pujian tinggi membukit 
kau kata sky is the limit
sedar tak kau, kita ni hanya manusia genit
bukan nak kasi kau down
cuma nak minta kau keep your feet on the ground
when your head's in the clouds.

dan bila kau gelar diri kau manusia yang terkaya
aku melihat kau sebagai yang papa kedana
apa lah erti wang setinggi gunung
kalau ia mengubah kau jadi para koruptor yang sombong.


maka tidaklah salah apabila ada orang yang menilai bahawa iblis itu ada di dalam mata kita.



No comments:

Post a Comment