20110725

(wrongdoer,7 deadly sins)



''how should i know that i'm doing the right thing when everything seems to be wrong"


"hey perempuan. mari duduk sebelah aku. mari kita maki dunia untuk menghabiskan masa yang membunuh kita. kau sudi kan duduk sebelah aku?"

"perempuan aneh bermuka kosong mengambil sedikit ruang disebelah lelaki kaki botol. sedikit lagi ruang dibiarkan." 

"stella artois?''

"perempuan aneh bermuka kosong menggelengkan kepalanya"

"kau tak minum? atau kau minum waktu malam sahaja? atau kau ?

"tak, aku tak minum. malam ni kelam sahaja bukan?", cuba mengalih topik perbualan.

"ya. langit kelihatan kusam. kau rasa aku jahil?"

"tak", taktik perempuan aneh tak berjaya.

"aku sesat?"

"tak"

"aku ini kafir, kafir dalam minuman apa yang harus aku minum, binatang apa yang haram aku sentuh, makanan apa yang harus aku makan, kafir kan aku?''

"tak"

"apa yang buat kau jawab dengan yakin yang aku tak jahil, sesat dan kafir? sedangkan orang tua aku pun tak mahu terima aku kerana malu mempunyai anak sesat macam aku."

"kerana aku tak ada kayu pengukurnya"

"maksud kau?''

"sifat kegemaran manusia itu adalah mengukur. mereka adalah saintis dalam khayalan hidup mereka sendiri. masing2 punya ijazah tertinggi. phd. yang pada dasarnya ianya adalah satu sisi hitam dalam diri. tompok hitam yang kecil dalam hati. namun kian membesar menjadi duri. duri dalam kalangan kita2. kita itu manusia. manusia itu hanya layak mencongak. yang mengukur dan menghisab itu adalah dia. skeptisme yang maha Esa.

skeptisme muncul bukan kerana keraguan pada kebenaran, tapi ketiadaan alat yang membantu manusia untuk mengetahui kebenaran. apa saja yang mengandung keraguan, tentu saja, adalah subjek untuk diperdebatkan"

"aku kagum dengan perempuan macam kau. kau beruntung"

"kenapa?"

"kau taat pada Tuhan kau"

"aku atheist. aku tak ada Tuhan. kira kau lagi beruntung"

"sejak bila?"

"sejak lelaki yang aku sayang diambil nyawanya"

"oh, i'm sorry"

"it's okay. aku masih kerap tulis dekat wall facebook dia"

"berharap untuk dia balas suatu hari nanti?''

"mungkin"

"aku harap aku boleh balas bagi pihak dia"

"dan berpura-pura kau adalah dia?"

"mungkin"

perempuan aneh bermuka kosong tersenyum.

"cantik kau senyum. macam pari2. nak rokok?", sambil dihulurkan sebatang rokok dengan pemetik api.

"tiada jawapan diberikan kali ini. sekadar menggelengkan kepalanya sudah cukup memadai"

"aku pernah dengar forum agama. ada seorang pemuda. warak. dia kata kita kena jujur dengan diri kita sendiri. barulah kita tak akan buat perkara yang boleh merosakkan diri, macam merokok. kemudian, seorang ustaz yang lebih tua bersuara, jadi orang yang merokok itu tidak jujur? pemuda tu hanya tersenyum, seolah -olah macam dia pun tak pasti lagi."

"jadi apa yang diperlukan untuk membuktikan sesuatu itu benar?"

"back to basic"

"don't drink, don't do drugs, practice good deeds then you can think on moving to the next level"


Allahuakabar!

2 comments: