kelmarin dia duduk berteleku seorang diri diatas bukit. berlantaikan rumput hijau. berbumbungkan langit biru. bertemankan kerdip bintang. bintang yang seolah-olah ditampal satu persatu di langit yang membiru. indahnya ciptaanMu. tiba2 hati dia rasa sayu. sebu. bulan tak dapat teman dia malam itu. sifat norma makhluk bernama manusia. yang tiada itulah yang dicari. kalau boleh mahu digali. sampai mati. sampai dia pasti. apa yang dia kehendaki dapat dikecapi.
No comments:
Post a Comment