disarung t shirt kolar bulat
dihadapannya terpampang foto band favourite
berjeans lusuh yang hampir sebulan tak dibasuh
berkasut converse yang hampir hilang separuh tulisannya
ada yang lebih selesa berselipar
dengan gaya bersahaja
ikut jiwa darah muda kata dia
perut berkeroncong memberi signal minta diisi
lorong gelap dituju
namun bukan itu destinasi
yang memanggil ditepi sekadar dijeling
tangan yang menari cuba ditepis
satu persatu godaan tak diendah
bukti laki2 tak mudah rebah?
sesudah sampai ke destinasi
kerusi besi ditarik
dipesan coke dan roti kosong dua
sambil diibu jari mamak yang memahami selera dia
malam mulai kelam
hanya asap rokok yang menjadi peneman malam kapitalis roda2 jiwa muda macam dia
bukan seorang dua tapi hampir kesemua aku perhati gayanya macam gini
namun sayang
hampir semuanya
menjadi target pak abu dan wak joko membuat perbandingan
anak siapa masuk universiti paling ramai
sedang pak abu sibuk bakar flag
wak joko baling najis
sampai bila mahu habis !
nice~
ReplyDelete