20110829

wait, 2011 (edisi syawal)

seperti gadis yang tidak berayah,
menunggu kelibat dihadapan pintu; termangu.

seperti keegoan yang bertuhan dalam diri,
hanya harap dimengerti; jangan mimpi.

seperti rumah tidak beratap,
menanti retak minta diganti; jawabnya nanti mati.

seperti kupu-kupu malam,
mencari cahaya tiang lampu jalanan di siang hari; sudahnya kempunan.

penungguan.
penungguan.
ah penungguan itu adalah pemakan hati manusia berbangsa haloba.

hey, ucap takziah pada dunia,
kerana,
30 hari yang datang bakalan pergi membawa kelibat yang telah mati meninggalkan gadis yang kempunan.

aku tunggu 12 purnama lagi.

No comments:

Post a Comment