20110905

selamat pagi makhluk sekalian alam

buat penebar roti tegar;
yang tugasnya hanya menebar,
selamat pagi.

buat tukang sapu;
yang gigih menyapu daun2 kering,
selamat pagi.

buat anak kecil merengek kedinginan;
malas mandi pagi,
selamat pagi.

buat para suami mithali;
melangkah keluar mencari rezeki,
selamat pagi.

buat si pemeluk teguh;
yang masih teguh memeluk tikar sembahyangnya,
selamat pagi.

buat sang arjuna;
yang setia mengarang nota cinta buat sang pencinta,
selamat pagi.

buat penghuni kaki lima;
di setiap lorong2 ibu kota,
selamat pagi.

aku mahu jalani hari2 aku umpama tiada lagi pagi esok,
dan bolehkah aku masih berada disini bersama pagi di hari selepas esok?

1 comment:

  1. Selamat Pagi
    buat si gadis imut kesayangan ibunya
    si penulis blog yg tidak pernah kering ideanya
    si pari pari langit yg paling liar imaginasinya
    selamat pagi igap tamales

    ReplyDelete