Gadis imut itu menangis dan terus menangis lagi.
Dan saat itu muncul seorang laki-laki berkaki tempang dengan tongkatnya.berjalan dalam halaju yang tidak deras.tiba di tempat gadis tersebut,yang masih menangis.
“ ada habuk apa yang dah masuk mata?”
Laki-laki tadi cuba bersarkastik.
Dia cuba menenangkan gadis itu.Berharap dia akan tertawa,walaupun sedetik.
Kerana laki-laki tadi punya allergy kuat pada tangisan.
Terutama tangisan kaum perempuan.
“ dia dah janji.tapi dia sampai hati tinggalkan aku..”
“ siapa? Pergi mana?”
Lalu gadis itu bercerita dari abjad satu hingga yang terakhir.
Tentang ibu dia yang jatuh sakit.Lalu mati meninggalkan dia.
Dia memaki Tuhan dan menangis lagi.
" setidak-tidaknya kau ada mak.
Mak boleh menjadi masalah sesiapa pun dalam dunia ni.
Seorang mak yang ditakdirkan meninggal dunia terlalu awal,
seorang mak yang terlalu sayangkan anaknya sampai melemaskan
ataupun seorang mak yang meninggalkan anaknya yang masih kecil.
Tak kenal mak sendiri adalah lebih menyedihkan
daripada tak mempunyai seorang mak. "
Gadis itu terdiam.
Semuanya hening,yang kedengaran cuma kugiran cengkerik di balik semak.
makin kencang.
peringatan yg baik untuk saya
ReplyDeletetq (^_^)
:)
ReplyDelete